Home Madu Asli Agama Islam OneXOX Resepi Masakan
MENGENAL ALLAH

BAGAIMANKAH CARA UNTUK KITA MENGETAHUI KEWUJUDAH ALLAH SWT??Kita andaikan begini, sekiranya kita melihat sebuah kereta yang sedang meluncur laju, sudah tentu kita yakin bahawa ada pemandu yang memandu kereta tersebut.  sekiranya tiada pemandu,sudah tentu kereta tersebut tidak akan begerak meluncur dan bergerak dengan baik di atas jalan raya.  begitu juga dengan Allah, Dia-lah yang meggerakkan matahari bilan dan bintang. Dia-lah yang menggantikan malam dan siang serta mencipta semua makluk di muka bumi ini.

Allah telah menyatakan dengan jelas melalui firmannya dalam surah Al baqarah:255 yang bermaksud
"sedang merka tidak mengetahui sesuatu pun daripada (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya) "
Surah Al-Ikhlas 1-4
katakanlah (wahai Muhammad) "Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa. Allah lah tempat memohon segala hajat. Ia tida beranak dan tidak pula Ia diperanakkan. Dan tiada ada sesiapa pun yang setara denganNya."
Surah Al-An'am 102
Dia lah Allah Tuhanmu, tidak ada Tuhan melainkan Dia, Pencipta segala sesuatu,kerana itu hendaklah kamu menyembah Dia
Walau bagaimanapun, sejak di bangku sekolah lagi umat islam terutama di Malaysia  mengenal Allah melalui sifat 20. Sifat ini boleh dikatakan paling mudah untuk kita dalam mengenal Allah.. Dan ada juga yang masih tidak mengetahui apa itu sifat 20. Disini terdapa 20 sifat yang wajib bagi Allah dan 20 sifat yang mustahil bagi Allah.






  1. Wujud:Allah itu ada
  2. Qidam:Allah itu sedia(tidak ada permulaan bagiNya)
  3. Baqa':Allah itu kekal(tiada pengakhiran bagiNya)
  4. Mukhalafa tu lilhawadith:Allah itu berlainan dari maklukNya
  5. Qiyamuhu binafsihi:Allah berdiri dengan sendirinya
  6. Wahdaniyat:Allah itu Esa
  7. Qudrat:Allah itu Berkuasa
  8. Iradat:Allah itu Berkemahuan
  9. Ilmu:Allah itu mengetahui
  10. Hayat:Allah itu hidup
  11. Sama':Allah itu mendengar
  12. Bashar:Allah itu melihat
  13. Kalam:Allah itu berkata-kata
  14. Kaunuhu qadiran:Keadaan Allah yang berkuasa
  15. Kaunuhu muridan:keadaan Allah yang berkemahuan
  16. Kaunuhu 'Aliman:keadaan Allah yang mengetahui
  17. Kaunuhu Hayyan:keadaan Allah yang hidup
  18. Kaunuhu Sami'an:keadaan Allah yang mendengar
  19. Kaunuhu Basira:keadaan Allah yang melihat
  20. Kaunuhu Mutakaliman:Keadaan Allah yang berkata-kata



  1. 'Adam:Allaha itu tiada
  2. Huduth:Allah itu baharu(ada permulaan)
  3. Fana':Allah itu binasa
  4. Mumathala lihawadith:menyerupai maklukNya
  5. Ihtiyaj lighairihi:Allah itu berhajat kepada yang lain
  6. Ta'addud:Allah itu berbilang-bilang(banyak)
  7. 'Ajaz:Allah itu lemah
  8. Karohah:Allah itu dipaksa 
  9. Jahlun:Allah itu bodoh
  10. Maut:Allah itu mati
  11. Assummu:Tuli
  12. Al-Umyu:Buta
  13. Al-Bukhmu:Bisu
  14. Kaunuhu Aajizan:Keadaan yang lemah 
  15. Kaunuhu Karihan: Keadaan yanf dikpaksa
  16. Kaunuhu Jaahilan: Keadaan Allah yang bodoh
  17. Kaunuhu Mayyitan:Keadaan Allah yang mati
  18. Kaunuhu Asomma:Keadaan Allah yang tuli
  19. Kaunuhu A'ma:Keadaan Allah yang buta
  20. Kaunuhu Abkam:Keadaan Allah yang bisu


No comments:

Post a Comment