Home Madu Asli Agama Islam OneXOX Resepi Masakan

Thursday, 29 May 2014

NASI MANDY ARAB & AYAM PANGGANG MADU TUALANG ASLI MUDAH

NASI MANDY ARAB & AYAM MADU VERSI EE


Hai semuaaa...kali ni ee nak share kat korang resepi nasi arab...haaa..nasi ape tuh...??nasi mandy ayam...APE KELAINAN YANG EE BAWAKAN???
kelainannya ialah.....jeng jeng jeng...jom follow.



ABAIKAN GAMBAR X CANTIK..PHOTOGRAPHER X PROFESIONAL KATAKAN..YG PENTING SEDAP OKEYYYY..SUAMI EE CKP SEDAP SGT..YANG X BIASA MAKAN MASAKAN ARAB MGKIN RASA LEN MACAM KOT..HEHEE.APE2 PUN..JOM TRY



BAHAN-BAHAN 
4 cwn/450gm beras basmati
1 sudu rempah kabsah
Bahan tumis(1kayu manis,3 pelaga,6 cengkih,1 biji lumi)
1 ekor ayam
2 ulas bwg besar 10 ulas bwg putih 2 btg cili hijau Tomato puri/Tomato sos Minyak(zaitun/sapi/kelapasawit/jagung/majerin) *pilih satu je..Ee guna minyak zaitun..
Garam
Madu Tualang Asli(optional)(inilah kelainanya,kelainan nasi arab versi Ee)

AYAM PANGGANG
1.Perapkan 1 ekor ayam selama 3o minit or lebih dengan 1½ sudu besar rempah kabsah,5ulas bwg putih ditumbuk/kisar,2 sudu kecil garam,3 sudu minyak ,2 sudu besar tomato puri...masukkan 2 sudu Madu Tualang Asli(utk lebih sedap)..kalau xde korang letak lah gula pun boleh la tp x berkhasiat
2.Panggang ayam dalam oven dengan suhu 180c selama sejam...balikkan ayam setelah 30minit berlalu.. 3.lebihan minyak ayam sila simpan...sekira tiada lebihan minyak pun xper..mana thu ayam korang terpanggang smpai xde minyak..


NASI MANDY:
1.rendam beras 20min atau lebih..toskan
2.tumis kayu manis,pelaga,cengkih,lumi,2ulas bwg besar,5ulas bwg putih yg dikisar or tumbuk..1sudu rempah kabsah,2sudu besar tomato puree..kalau xde lumi ltk bunga lawang pun xpe..xletak pun xpe....tomato puree klu xde,sos tomato pun jadi gk..
3.masukkn 600ml air dlm tumisan td..biar mendidih..
4.cmpur beras yg ditoskn berserta tumisan td kedalm rice cooker..
5.tabur garam,cili hijau..
6.tanak nasi...80%masak, masukkan minyak ayam paggang td.. gaul slow2 xnk bg nasi patah..

SOS HARRAH:
2biji tomato,2ulas bwg putih,1sudu perahan lemon,daun ketumbar,cili padi ikut kpedasan..then kisar tnpa air

SALAD:
1. 2biji tomato,nenas(optional) dan timun dipotong dadu .
2. mayang 1labu bawang besar dan daun ketumbar..
3. campur kesemua,perah jus lemon dan masukkan garam dan serbuk lada hitam..
**serbuk lada hitam tu samada tumbuk biji lada hitam..kalau tumbuk lagi best dr yg debu tuh...

SUP SYURBAH
1.Sediakan 3 ulas bawang putih, 1 ulas bawang besar, 1/2 kentang, 1 magkuk stok ayam/rempah sup adabi..
2..rebus semua bahan tadi sehingga kentang empuk.
3.Kemudian kisar kisar dn tapiskannya.Panaskan kembali atas api..
4.tambahkan 1/2 kentang lebih tadi di potong dadu, garam dan daun ketumbar..
5.masak hingga empuk.
6.Hidang dengan perahan lemon atau limau nipis/kasturi.
7.Taburkan daun sup dan bawang goreng.



Rempah kabsah tu rempah utk nasi arab...boleh cari kat kedai..tapi klu xde kat kedai boleh buat sendiri..Ni dia RESEPInya..

Rempah Kabsa

Bahan - bahan:
1 sudu makan bunga cengkih #
1 sudu makan lada hitam #
1 sudu makan jintan manis #
1 sudu makan jintan putih #
2 sudu makan biji ketumbar #
1 sudu makan buah pelaga #
1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods) #
1 sudu makan serbuk cili 1 sudu serbuk saffron/serbuk kunyit

Cara penyediaan:

1. Goreng tanpa minyak bahan2 yg bertanda # sehingga naik bau dan angkat.
2. Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
3. Simpan rempah yg telah dikisar didalam bekas yg kedap udara. kalau xde buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

No comments:

Post a Comment