Home Madu Asli Agama Islam OneXOX Resepi Masakan

Wednesday, 23 July 2014

SURAH AS SAJDAH


Pengenalan
  • Surah As-Sajdah diturunkan di Mekah, ayat-ayat Makiyyah.
  •  Merupakan surah ke-32 dalam Juz’ ke-21.
  •  Mengandungi 30 ayat.
  •  Membawa maksud ‘sujud’.
  • Dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah.

Kelebihan Surah As-Sajdah:
  1. Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.
  2. Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.
  3. Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”
   4. Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; “Tidak ada kesusahan bagimu.”"
 5. Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):
”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”
 6. Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :
“Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”
 7. Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.
 8. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
 9. Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).
“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
 10. Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.
Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:
“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”
Sujud Tilawah
Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bacaan ketika Sujud Tilawah:


Maksudnya:
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
Hafazan
Adalah lebih baik kalau kita menghafaz surah-surah di dalam Al-Quran. Itu lebih memudahkan kita untuk mengamalkannya bila-bila masa tanpa perlu membawa mushaf Al-Quran itu sendiri.
Semoga diamalkan dan disampaikan kepada saudara-saudara seIslam kalian. Wassalam.

Bismi Al-lahi al-r-Rahmani-al-r- Rahimi


1.Alif-lam-mim
2.Tanzilu al-kitabi la rayba fi-hi minr rab-bi al-‘alamina
3.“Am ya-quluna if-tara-hu bal huwa al-haq-qu minr rab-bi-ka li-tu-ndhira qawmanm ma“ata-hum min nadhirinm min qabli-ka la‘al-la-hum ya-htaduna
4.Allahu al-ladhi khalaqa al-s-samawati wa-al-“arda wa-ma bayna-huma fi sit-tati “ay-yamin thum-ma is-tawa ‘ala al-‘arshi ma la-kum min duni-hi minw waliy-yin wa-la shafi‘in “afala ta-ta-dhak-karuna
5.Yu-dab-biru al-“amra mina al-s-sama-“i “ila al-“ardthum-ma ya-‘ruju “ilay-hi fi yawmin kana miqdaru-hu “alfa sanatinm mim-ma ta-‘ud-duna
6.Dhalika ‘alimu al-ghaybi wa-al-sh-shahadati al-‘azizu al-r-rahimu
7.Al-ladhi “ahsana kul-la shay-“in khalaqa-hu wa-bada-“a khalqa al-“insani min tinin
8.Thum-ma ja‘ala nasla-hu min sulalatinm minm maa-“inm mahinin
9.Thum-ma saw-wa-hu wa-nafakha fi-hi minr ruhi-hi wa-ja‘ala la-kumu al-s-sam‘a wa-al-“absara wa-al-“af-“idata qalilanm ma ta-shkuruna
10.Wa-qalu “a-“idha dalalna fi al-“ardi “a-“in-na la-fi khalqin jadidin bal hum bi-liqa-“i rab-bi-him kafiruna
11. Qul ya-ta-waf-fa-kum malaku al-mawti al-ladhi wuk-kila bi-kum thum-ma “ila rab-bi-kum tur-ja-‘una
12.Wa-law ta-ra “idhal-mujrimuna nakisu ru-“usi-him ‘inda rab-bi-him rab-bana “absarnawa-sami’na fa-“arji’na na-’mal salihan “in-na muqinuna
13.Wa-law shi-“na la-“atayna kulla nafsin huda-ha wa-la-kin haq-qa al-qawlu min-nila-“amla-“an-na jahan-nama mina al-jin-nati wa-al-n-nasi “ajma-‘ina
14.Fa-dhuqu bi-ma nasitum liqa-“a yawmi-kum hadha “in-na nasina-kum wa-dhuqu ‘adhabaal-khuldi bi-ma kuntum ta-’maluna
15.“In-nama yu-“minu bi-“ayatina al-ladhina “idha dhuk-kiru bi-ha khar-ru sujjadan wa-sab-bahu bi-hamdi rabbi-him wa-hum la ya-stakbiruna
16.Tatajafa junubu-hum ‘ani al-madaji-‘i yad-‘una rab-ba-hum khawfan wa-tama‘an wa-mim-ma razaqna-hum yu-nfiquna
17.Fa-la ta-’lamu nafsunm ma “ukhfiya la-hum min qur-rati “a’yunin jaza-“anm bi-ma kanuya-’maluna
18.“Afaman kana mu-“minan ka-man kana fasiqanl la ya-stawuna
19.“Am-ma al-ladhina “amanu wa-‘amilu al-s-salihati fa-la-hum jan-natu al-ma-“wa nuzulan bi-ma kanu ya-’maluna
20.Wa-“am-ma al-ladhina fasaqu fa-ma-“wa-humu al-n-naru kul-lama “aradu “an ya-khrujumin-ha “u-‘idu fi-ha wa-qila la-hum dhuqu ‘adhaba al-n-nari al-ladhi kuntum bi-hi tu-kadh-dhibuna
21.Wa-la-nu-dhiqan-nahum mina al-‘adhabi al-“adna duna al-‘adhabi al-“akbari la-‘alla-hum ya-rji‘una
22.Wa-man “azlamu mimman dhuk-kira bi-“ayati rab-bi-hi thum-ma “a’rada ‘an-ha “in-na minaal-mujrimina muntaqimuna
23.Wa-la-qad “atayna musa al-kitaba fa-la ta-kun fi miryatinm minl liqa-“i-hi wa-ja‘alna-hu hudanl li-bani “isra-“iila
24.Wa-ja‘alna min-hum “a-“im-matany ya-hduna bi-“amrina lam-ma sabaru wa-kanubi-“ayatina yuqinuna
25.“In-na rab-ba-ka huwa ya-fsilu bayna-hum yawma al-qiyamati fi-ma kanu fi-hi ya-khtalifuna
26.“Awa lam ya-hdi la-hum kam “ahlakna min qabli-him mina al-quruni ya-mshuna fi masakini-him “in-na fi dhalika la-“ayatin “afala ya-sma‘una
27.“Awa lam ya-raw “an-na na-suqu al-ma-“a “ila al-“ardal-juruzi fa-nu-khriju bi-hi zar‘an ta-“kulu min-hu “an-“amu-hum wa-“anfusu-hum “afala yu-bsiruna
28.Wa-ya-quluna mata hadhal-fathu “in kuntum sadiqina
29. Qul yawma al-fathi la ya-nfa‘u al-ladhina kafaru “imanu-hum wa-la hum yu-nzaruna
30. Fa-“a’rid ‘an-hum wa-in-tazir “in-na-hum muntaziruna

 PANCAKE DURIAN

Selamat pagi semua...


hai.....woowww durian...raja segala buah ialah durian..sape tak makan durian boleh
dikatakan sangat2 lah rugi...
kenapa rugi???sebab durian ni memang sedap lah..fulamakkk makan sorang abis ni..sedapnya
durian ni..kenikmatannya tak terkata..hanya pecinta durian sahaja yang mengetahuinya
apa yang nak buat yer ngan durian macam macam ni..
duk dua je dalam umah ni...
apakata kita creative sikit...hehehee...


cantik tak?? menyelerakan betulkan...sekarang ni musim durian senang lah nak dapat
harga pun murah..tapi kalau bukan musimnya  xterkata mahalnya harga benda alah ni..
okey lah..xnak membebel...disebabkan durian banyak sangat..
so tetibe ee dapat idea nak wat pancake durian...kaakakaa..penah makan x??
resepi ni main hentam n  bajet2 sendiri je...

BAHAN2...
  • 5-6ulas durian...amik isi je
  • 5-6 sudu tepung gandum
  • 1/2 suduserbuk penaik 
  • 1/2 sudu serbuk bikabonat
  • 3sudu susu pekat manis dibancuh dengan air(nampak cair2 gitew)
  • secubit garam

CARA2...
  1. masukkan tepung gandum dan serbuk2...ee guna self raising flour so xperlu dah serbuk penaik&bikarbonat bagai..mudahkan...
  2. masukkan garam
  3. masukkan isi durian
  4. masuk susu yang dibancuh air..masukkan sikit2..sbb jangan bagi cair...tektur tu biar pekat2 gitu...
  5. panaskan kuali dengan majerin atau butter atau minyak..watever lah...jgan bnyk sangt...bukan nk mengoreng yer...sekadar xnak bg lekat2..
  6. sudukan adunan dalam kuali yang dah panas tadi..balik sana balik sini..angkat.hidang makan...


SERIOUSLY...memang sedap...taste ee lah..taste korang xtahu lah.... hummm puasa2 ni mengidam plak nak makan benda ni...adoiiiii..kena buat nih..okeyy SELAMAT MENCUBA SEMUA :)


Tuesday, 22 July 2014

NASI DAGANG TERENGGANU MUDAH


Assalamualaikum.... raya dah nak dekat..
.cam ne persiapan raya yer...nak masak ape yer...
hummm xtahu la nak masak ape.....
Satey&Nasi Impit Kuah Kacang ???
Nasi Mandy Ayam ??
Nasi Kabsa??
Nasi Dagang???
atau xpayah buah ape..sekadar angkat kuih je???

ape je lah kan...okey kat sini nak share resepi 
NASI DAGANG TERENGGANU MUDAH DAN SEDAP...
cewahhhhh sedap ke...haruslah kan...

tanpa membuang masa jom kita teroka resepi Nasi Dagang Terengganu nih...
boleh buat menu untuk hari raya nanti yang tinggal berapa hari je lagi..


IKAN TONGKOL:
-rebus dulu ikan tongkol besama 2-3 asam keping sampai masak...
-air tu letak paras2 ikan je..jgn banyak
-toskan,air rebusan simpan dan boleh rebus telur dalam air rebusan ni jugak atau rebus skli ngan ikan...

NASI:
-2cawan beras biasa
-1/2 cawan beras pulut
-3ulas bawang merah #
-1labu bawang merah besar #
-1inci halia #
-2sudu besar halba #
-2 1/2 cawan santan cair+sedikit garam
-2cawan santan pekat...

# = terpulang nak letak banyak mana...halba & bawang banyak lagi sedap

CARA-CARA:
-Rendam beras lebih kurang 2-3 jam..
-panaskan pengukus...
-kukus beras yang ditoskan selama 20minit..
-selepas 20min berlalu..angkat, tuangkan santan cair bersama bahan bertanda #
-kukus lagi 30min..
-setelah 30min, angkat dan tuangkan santan pekat.jika nasi dah nampak lembut,xperlu habiskan santan pekat tu...dan kukus sampai masak..lebih kurang 20min..
-kalau nasi masih keras..sila tambah santan atau air..seeloknya tambah santan..
-SIAP DAH BAB NASI....

GULAI IKAN TONGKOL:
-Ikan tongkol yang dah direbus
-1/2-1inci halia*
-1/2-1inci lengkuas*
-3-4labu bawang besar*
-3ulas bawang putih*
*=blend/kisar
-cili boh/cili kering kisar(ikut kepedasan)
-1-2sudu rempah nasi dagang atau any rempah gulai
-santan cair(agak2 yer,berdasarkan kepekatan yang korang nak)
-air rebusan ikan
-gula melaka,gula,garam
-1sudu kerisik 
-cili padi
-2sudu Madu Tualang Asli(optional)

CARA-CARA:
-tumis bahan * sampai pecah minyak...
-masukkan rempah nasi dagang
-masukkan cili boh/cili kering kisar ikut kepedasan...sy guna bnyak nk bg kuah merah dan tumis sampai betul2 pecah minyak yer...baru cantik...
-nak kasi pecah minyak tambah sikit air..
-once dah pecah minyak..masukkan air rebusan ikan tadi..masuk gula melaka dan kerisik
-tambah air jika terlalu pekat...
-masukkan santan cair...santan ni masuk sikit2.jgn bnyk sgt jgn kurang sangat..moderate la...kalau rasa kurang merah wrnanya,boleh tambah cili boh
-perasakan ikut citarasa,nak manis ka,masin ka,masam ka..ikut lah...letak madu bagi yang guna madu
-last skli masuk ikan,cili padi..biar sekeetika mendidih then angkat..

-mudah kan...

ACAR:
bagi yang suka makan ngan acar boleh wat acar..
-bancuh sedikit cuka,garam dan gula,ikut citarasa,
-timun,carrot,kubis,halia,bawang..dihiris...dan masukkan dalam bancuhan air cuka tadi..siap..

Sebenarnya saya xpandai nak wat nasi dagang terengganu ni sbb saya pure kelate..since suami orang terengganu so nak xnak kena tahu lah masakan terengganu..Alhamdulillah nasi dagang ni suami kata sedap..boleh buat raya...of course saya rasa teruja n bangga sbb ni masakan terengganu tapi i boleh buat u ikut taste hubby yang sangat cerewet bab makan..nak makan sedap..kalau xsedap mmg direct uols dia kata xsedap..tapi sgt bagus dapat suami berterus terang so that we can improve our performance.. kalau suami yang asyik ckp masakan isteri dia sedap even xsedap mmg smpai bila2 lah bini dia xthu n xkan improve sbb ingt masakan sedap..then bila hidang kat orang lain,orang ckp sdp even xsedap sbb nak amik hati punya pasal..jadi sifat berterus terang suami itu mbuatkan kita jadi pandai masak..dan orang lain makan pun puas hati..kita nak bg makan kat orang kena bagi sedap tau..orang puas hati dapat pahala..

SELAMAT MENCUBA :)





Monday, 14 July 2014

AYAM PANGGANG MADU 

Buat menu berbuka puasa ni mesti best sangat ni.... jom buat..xsusah pun..janji ada barang...ada barang semua jadik...


Ayam panggang madu tualang asli ni memang kaw arrr... memang sedap...menjilat 10 jari....dah lah sedap..pastu senang plak...simple sangat2 lah..
orite...sekarang ee nak share resepi simple mimple ni..senang sangat2 nak buat...
Buat menu iftar pun best ni... sesuai sangat....


BAHAN-BAHAN
  1. Ayam...bahagian kepak atau peha
  2. 3sudu Madu Tualang Asli...-makesure asli...kalau x asli kena macam2 penyakit plak...
  3. 3sudu kicap manis atau masin(up to u)-kicap pekat pun boleh...ee guna kicap manis kipas udang
  4. 3sudu sos tiram atau lebih....semakin bnyak semakin best actualy tapi beware sos tiram masin sikit..if letak banyak sos tiram ,sila letak madu banyak2 yer.....

CARA-CARA
  1. Gaulkan semua bahan kat atas tu...sampai sebati...
  2. perapkan sekurang2nya setengah jam..makin lama perap makin best
  3. panggang dalam pemanggang ajaib..lebih kurang 15 minit atau agak2 ayam dah masak..sila rajin2 balikkan ayam sbb xnak bagi hangus dan nak suruh dia balance masak kedua2 bahagian...
  4. for those yang guna ketuhar, guna suhu 160 ..bakar 15 minit ...pastu balikkn ayam 15minit lagi atau sehingga masak...suhu tu xsama..ikut jenis ketuhar masing2 yer...yang pasti kena rajin2 tgk jgn lepas tangan gitu je... 
  5. masa panggang tu sentiasa sapu2 kan sos perapan tadi tu yer supaya ayam sentiasa kelihatan basah dan melekit2 giteww...
  6. last skli, kalu ayam dah masak..tuangkan 1 sudu madu atas permukaan...then panggang lagi 1minit..bolehlah angkat dan hidang...
  7. kalau xberapa paham cara panggang.boleh panggang ikut kretiviti masing2..tapi sos perapan mestilah kena ikut resepi atas yer,,baru jadi...yang penting ada madu smua jadi... 

SELAMAT MENCUBA :)



NAK TAHU KHASIAT MADU????CLIK HERE

BERMINAT???
SILA HUBUNGI 
WHATSAPP 0193646868/0145335000
FB: Fatnie Ee  

ATAUPUN ANDA BOLEH ORDER MELALUI BORANG PESANAN

PEMBAYARAN BOLEH DIBUAT KEPADA AKAUN

MAYBANK: 153104186611
CIMB:            7611733049
(NUR FATNIN BINTI AB WAHAB)

SELEPAS PEMBAYARAN SELESAI SILA MAKLUMKN KEPADA PIHAK KAMI MAKLUMAT SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH

NAMA & ALAMAT PENERIMA
NO FON
BUKTI PEMBAYARAN
JENIS ORDER ANDA


***PENGHANTARAN AKAN DILAKUKAN SETELAH MAKLUMAT DI ATAS DIKEMUKAN
                                   





Monday, 7 July 2014

SINGGANG TULANG SEDAP!!!KAW KAW



Bahan-bahannya seperti gambar kat atas
  • 500gm tulang lembu...bahagian rusuk banyak isi..nak bahagian lain pun ok je
  • bawang halia lengkuas...tegok kat gambar atas tu...banyak tu lah(mayang halus macam gambar)
  • biji ketumbar 3 sudu...direndam dalam air nk bagi lembut...lepas rendam korang tumbuk sampai lumat macam gambar atas tu...
  • 2sudu kerisik...kerisik yang asli yang pure yang kampung lagi sedap...kerisik yang kat hypermarket normally xsedap..bau pelik...kerisik ni penting nk bg kelainan pada bau dan rasa tau
  • cili boh/cili kering mesin.letak dalam 3-4 sudu,atas kepedasan yang nak  (..kalau nk pkai cili boh pun sila beli yang kampung..yang x campuran.yang hypermarket kebiasaan rasa xsedap,bau pelik,dan masin...kalau xde yang kampung korang tumbuk giling cili kering atau mesin...sblum blend tu,pastikan rendam dalam air panas dlu nak bg lembut dan x kasar masa mesin...kat terengganu jenama kura2)
  • akhir sekali 3 liter air....dan campur smua bahan kat atas dalam air...macam gambar atas...dan jeram atas api sampai tulang empuk..jeram sampai air tinggal 1000 liter atau suku dari sukatan 3liter tadi...
  • dan perasakan dengan garam serta gula...opppss lupa letak 1-2keping asam keping/gelugor
  • bahan tambahan...saya letak 1 sudu budu cap ketereh...huhhhh memang kaw gilerrr lah.sbnrnya ni rahsia ,xramai tahu.....yang xmakan budu jgn letak..
  • pastikan kuah x cair n xpekat sgt....kalau warna x merah sgt boleh tambah cili boh...
****cili boh dan kerisik sgt penting..silap beli yang xsedap,mmg xsedap lah singgang ni..pastu ketumbar lagi bnyk lgi sedap...singgang ni klu lengkuas bnyk sedap...beware pilih lengkuas sbb ada setengah lengkuas jeni pahit...beware pilih asam keping sbb ada yang jenis pahit...nt rasa lari...


SELAMAT MENCUBA :)

Sunday, 6 July 2014

TELUR BUNGKUS & BISTIK

Assalamualaikum......
Di sini saya nk kongsikan resepi telur bungkus & bistik......
ni pic ari tu punya citer lah...Mr hubby yg request nk makan telur bungkus katanya...


picture kat atas ni telur bistik...hahaaa...nak gelak pun ada gak rasanya...actually nak buat telur bungkus.
tapi....masa proses membungkus tu..xjadi la...
xjadi sbb guna 1biji telur je and pegi letak isi dia tu bnyak..akhirnya bungusan x jadi
so dari membazir,xkan nak buang kan...bungkus cuma rupa je 
masuk perut semua sama....
jadi buatlah ianya jd bistik

tapi...yang hubby punya buat bungkus lah sbb dia nak bungkus macam mana pun...
so untuk yang bungkus guna 2biji telur la,nak bagi besar sikit hamparannya...

intinya telur bungkus n bistik sama je..yang beza cuma bungkus inti dalam..bistik inti luar...n yang bistik inti jadi xlembab basah2 gitu..
yang bungkus inti jadi kering sikit.
almaklum lah bila dia dalam bungkusan pastu dipanaskan air inti tu diserap oleh telur tu....
okeyyy sekarang dah jelaskan...
jom try resepi kat bawah..


Apa yang diperlukan ialah
~bawang merah,bawang putih(dimayang halus dan cincang..)
~sayur campur(kalau nak senang beli yang frozen kat kedai pun okey,yang ada kcang hijau,jagung & carrot)
~daging cincang atau daging burger....saya lebih suka daging burger n cincang halus2..sbb apa sy suka daging burger,sbb daging burger tu daging yang dah diperap dengan rempah...daging cincang biasa ni dia daging semata2 x diperap
~sos cili,sos tomato,lada kisar/cili boh(pastikah cili boh kampung,bukan yang dicampur,yg dicampur normally bau pelik sbb ada ubat pegawet..)kalau terengganu,cap kura2..
~garam gula....
~bahan lain kalau nak tambah dipersilakan....asalkan x memabukkan..ni basic je
~nak letak inti ayam or seafood pun boleyy jer...
~telur(benda wajib)



  1. Tumiskan bawang dalam minyak yang panas sampai nak bau
  2. sebelum tu rebus sayur nak bagi empuk...
  3. setelah bahan tumis dah naik bau,masukkan daging 
  4. lepastu masukkan cili boh,sos tomato,sos cili..masukkan sikit2 dulu...lepas tu baru rasa apa kurang apa lebih...nak masuk kicap leh gak...
  5. letak air cikit kalau pekat...
  6. masukkan sayur campur yang direbus tadi
  7. perasakan dengan garam gula gula...
  8. ketepikan intik yang dah siap...
  9. panaskn kuali dengan sedikit minyak
  10. pukul telur..letak garam sikit...saya letak daun sup cincang nak bg kelainan rasa pada telur
  11. pasti api pelahan.. tuang telur atas kuali yang panas tadi,buat telur tu bentuk bulat atau petak...tutup api.
  12. masukkan inti..agak2 lah banyak mana..agak2 boleh dibungkus..kalau lebih nanti xjadi lak..
  13. lepas siap bungkus..buka api sekali lagi..balik sana balik sini..then angkat...





SELAMAT MENCUBA..... :)





Saturday, 5 July 2014


SIAPA YANG MELAKUKAN EMPAT MACAM KEMUDIAN IA TIDAK BERTAMBAH BAIK, MAKA ITU TANDA TIDAK DITERIMA AMALNYA

  1. Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.
  2. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, itu tandanya puasanya tidak diterima.
  3. Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
  4. Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.


SEORANG HAKIM BERKATA :
SIAPA YANG  MENGAKU TIGA PERKARA DI BAWAH, MAKA DIA DITERTAWAKAN SYAITAN :




  1. Siapa yang  mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
  2. Siapa yang mengaku reda pada ALLAH s.w.t. padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
  3. Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.

TANDA SESEORANG ITU TELAH TERTIPU ADA TIGA :


  1. Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya.
  2. Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
  3. Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.

DAN TANDA ORANG YANG MENGHARAP KEPADA ALLAH S.W.T. ITU JUGA TIGA 

  1. Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingat ALLAH).
  2. Lidahnya untuk berzikir.
  3. Badannya untuk beramal.

by:

KETULUSAN KASIH IBU




Tatkala hatiku dibelenggu pilu,hatiku mula menjadi sepi
lalu terbayang bayang wajah ibuku dibenak ini
menandakan kerinduan pada insan yang bernama ibu
Alangkah redanya hati ku
seandainya wajah sang ibu dapat ku tatapi 
saat dan ketika ini
aku kehausan kucupan dalam pelukan  ibu
 kucupan dalam pelukan ibu.......

Oh...alangkah tenangnya hati ini
seandainya dapat kurasai
belaian manja mu oh ibu

oh ibu...
bagaimanakah agaknya keadaanmu 
yang jauh di sana 
membanting tulang memerah keringat
dari fajar hingga ke senja
demi sesuap nasi untuk si anak

engkaulah ibu 
lalu engkau jugalah yang menjadi bapa
tatkala anak-anak sedang ingin membesar 
seruan dari Illahi datang menjemput suami mu..
sungguh besar ujian buat mu wahai ibu
itulah tanda cinta Tuhanmu kepada mu ibu..

kerana
engkaulah insan terpilih
lalu diberikan bermacam dugaan demi dugaan
rintangan demi rintangan dalam onak yang berduri
namun teguhnya engkau sebagai seorang wanita 
engkau harunginya dengan penuh ketabahan 
berserta doa yang tulus pada Illahi..

Ibu,
sungguh deritamu tidak pernah berakhir
bermula dari saat engkau hamil lalu tiba ke saat melahirkan 
hingga saat membesarkan anak.
deritamu tidak siapa yang tahu
deritamu tidak siapa yang ingin mendengar
deritamu hanya Tuhan saja tahu...

Ibu,
engkaulah insan yang terakhir sekali mejamah hidangan
hanya sisa anak-anak yang menjadi hidangan mu ibu
sungguh besar pengorbanan 
hanya kerana tidak ingin melihat anak-anak berlapar
pakaian ibulah yang paling buruk
tatkalai ingin melihat anak berpakaian cantik
itulah ibu...

Ibu, tiada apa yang ingin engkau lihat 
hanyalah kejayaan anak-anak

tapi.......
tapi ibu.....sedarkah engkau ibu.
kejayaan anakmu tidak memberi apa-apa manfaat padamu...
hasil kejayaan anak tidak dapat engkau rasai pun ibu
di manakah silapnya ibu 
sehingga tidak merasakan penghargaan dari anak-anak

disaat anak-anak ibu mengecapi kejayaann
umur ibu semakin lanjut
raut wajah ibu yang dulunya bagaikan ratu
kini sudah dihiasi dengan kedut-kedut tua
tapi ibu tetap membanting tulang
mengerah keringat
demi sesuap nasi...
beginikah kesudahan hidup insan bernama ibu..
dimana peri kemanusiaan sang anak

kejayaan anak-anak
tidak memberi sedikit apapun kepada ibu
apa yang ibu dapat hanyalah
kesepian,keseorangan,kesunyiaan
kerana saat ini
anak-anak sudahpun mempunyai kehidupannya sendiri
serta mempunyai keluarga yang baru..

sedarkah 
perkahwinan anak-anak itu
hasil pengorbanan dari ibu
patutkah ibu ditinggalkan begitu sahaja
hasil pengorbanan ibu 
membuatkan ibu keseorangan,kesunyian dalam kepiluan
lalu disini terbitlah kerinduan ibu terhadap anak-anak
yang jauh dimata
namun dekat dihati..

Bagaimanakah anak ku disana?
Bahagiakah dia dengan keluarganya yang baru?
Kenyangkah perut anakku
Itulah ibu...
Meskipun anak-anak sudahpun besar
hatta sudahpun mempunyai keluar
namun kerisauan dan kebimbang si ibu
sentiasa di benak

Itulah ibu
yang tidak pernah pudar kasihnya 
buat anak-anak
tapi ibu...
anak tetap anak,
berseronoh dengan dunia barunya
tanpa mereka sedari
kejayaannya,kebahagiaannya 
hasil dari pengorbanan ibu
hasil dari titik peluh ibu
dan hasil dari doa ibu yang tidak pernah putus buat anak

tanpa peluh ibu
tanpa pengorbanan ibu
tanpa kasih ibu
tanpa doa ibu
semua itu tak mungkin 
dikecapi oleh anak-anak ibu

tapi apakah balasan wahai anak...
ibu selalu berpesan
ibu tak nak apa-apa balasan
cukuplah doa buat ibu
kemewahan itu tiada apa makna dah buat ibu
kerana ibu kini
dalam perjalanan menuju kematian
Cukuplah kamu menjadi seorang anak yang soleh/solehah
taat akan segala perintah Allah swt
yang bisa menjadi penerang kubur ibu dan pembela ibu..

Itulah Ketulusan Kasih Ibu....

By:Kekasih Ibu