Home Madu Asli Agama Islam OneXOX Resepi Masakan

Wednesday, 23 July 2014

SURAH AS SAJDAH


Pengenalan
  • Surah As-Sajdah diturunkan di Mekah, ayat-ayat Makiyyah.
  •  Merupakan surah ke-32 dalam Juz’ ke-21.
  •  Mengandungi 30 ayat.
  •  Membawa maksud ‘sujud’.
  • Dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah.

Kelebihan Surah As-Sajdah:
  1. Mendapat pahala seperti solat ketika Lailatul Qadar.
  2. Dikuatkan keIslaman dan tauhidnya.
  3. Mendapat ilmu yang benar.

Sabda Rasulullah (yang bermaksud) :
“Sesiapa membaca Surah As-Sajdah, pahalanya seperti orang yang solat menepati malam al-Qadar dan dikuatkan keIslamannya, tauhidnya serta mendapat ilmu yang benar.”
   4. Melindungi pembacanya daripada kesusahan semasa hari Kiamat.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud):
“Surah Alif Laam Sajdah akan datang pada hari Kiamat dengan 2 sayap sambil melindungi si pembacanya seraya berkata; “Tidak ada kesusahan bagimu.”"
 5. Merupakan amalan Rasulullah setiap malam (di samping surah Al-Mulk).
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata (yang bermaksud):
”Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As-Sajdah dan Al-Mulk”
 6. Surah As-Sajdah dan Al-Mulk melebihi 17 kali ganda berbanding surah-surah lain.
Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) :
“Kedua-dua surah ini melebihi surah-surah yang lain sebanyak 17 kali ganda.”
 7. Dikurniakan nur (cahaya) bagi pembacanya ketika ia mati.
 8. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.
 9. Surah yang dibaca oleh Rasulullah ketika solat Subuh pada hari Jumaat (di samping surah Al-Insaan).
“Nabi SAW membaca pada solat fajar (subuh) pada hari Jumaat “Alif Laam Miim Tanzil” As-Sajdah dan “Hal Ata ‘Alal Insaan” Al-Insaan
(Hadis Riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)
 10. Merupakan salah satu surah Al-Munjiah.
Al-Darimi menyebutkan sebuah athar yang bersumberkan daripada Khalid bin Mi’dan katanya:
“Bacalah surah al-Munjiah iaitu alif lam mim tanzil, kerana sesungguhnya telah sampai berita kepadaku tentang seorang lelaki yang sering membacanya yang mana dia tidak beramal dengan surah selainnya. Lelaki itu pula merupakan seorang yang banyak berbuat dosa. Lalu surah tersebut menebarkan sayapnya seraya berkata: Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosanya kerana dia seorang yang banyak membaca daku. Lalu Tuhan memberikan syafaat kepadanya serta berfirman: Tuliskan untuknya bagi setiap kejahatan yang dilakukannya sebagai kebajikan dan angkatkan untuknya satu darjat.”
Sujud Tilawah
Apabila sampai membaca ayat 15 (Surah As-Sajdah), kita disunatkan sujud Tilawah.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Apabila anak Adam membaca ayat Sajdah, lalu dia sujud; maka syaitan jatuh sambil menangis. Katanya, “Celaka aku! Anak Adam disuruh sujud, maka dia sujud, lalu mendapat syurga. Aku disuruh sujud, tetapi aku menolak maka untukku neraka.
(Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hukum sujud Tilawah adalah sunat mu’akad, atau sunat yang amat digalakkan.
Dari Umar r.a.: Pada suatu hari Jumaat, baginda (Rasulullah) membaca surah al-Nahl di atas mimbar, maka ketika sampai pada ayat sajadah, baginda lalu turun dan sujud. Dan para hadirin juga turut melakukan sujud. Pada hari Jumaat berikutnya, dibacanya surah berkenaan, lalu apabila sampai pada ayat sajdah baginda berkata: “Wahai manusia, sebenarnya kita tidak diperintahkan (diwajibkan) sujud tilawah. Tetapi barangsiapa bersujud, dia telah melakukan yang benar. Dan barangsiapa yang tidak melakukannya, maka dia tidak mendapat dosa.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Bacaan ketika Sujud Tilawah:


Maksudnya:
"Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."
Hafazan
Adalah lebih baik kalau kita menghafaz surah-surah di dalam Al-Quran. Itu lebih memudahkan kita untuk mengamalkannya bila-bila masa tanpa perlu membawa mushaf Al-Quran itu sendiri.
Semoga diamalkan dan disampaikan kepada saudara-saudara seIslam kalian. Wassalam.

Bismi Al-lahi al-r-Rahmani-al-r- Rahimi


1.Alif-lam-mim
2.Tanzilu al-kitabi la rayba fi-hi minr rab-bi al-‘alamina
3.“Am ya-quluna if-tara-hu bal huwa al-haq-qu minr rab-bi-ka li-tu-ndhira qawmanm ma“ata-hum min nadhirinm min qabli-ka la‘al-la-hum ya-htaduna
4.Allahu al-ladhi khalaqa al-s-samawati wa-al-“arda wa-ma bayna-huma fi sit-tati “ay-yamin thum-ma is-tawa ‘ala al-‘arshi ma la-kum min duni-hi minw waliy-yin wa-la shafi‘in “afala ta-ta-dhak-karuna
5.Yu-dab-biru al-“amra mina al-s-sama-“i “ila al-“ardthum-ma ya-‘ruju “ilay-hi fi yawmin kana miqdaru-hu “alfa sanatinm mim-ma ta-‘ud-duna
6.Dhalika ‘alimu al-ghaybi wa-al-sh-shahadati al-‘azizu al-r-rahimu
7.Al-ladhi “ahsana kul-la shay-“in khalaqa-hu wa-bada-“a khalqa al-“insani min tinin
8.Thum-ma ja‘ala nasla-hu min sulalatinm minm maa-“inm mahinin
9.Thum-ma saw-wa-hu wa-nafakha fi-hi minr ruhi-hi wa-ja‘ala la-kumu al-s-sam‘a wa-al-“absara wa-al-“af-“idata qalilanm ma ta-shkuruna
10.Wa-qalu “a-“idha dalalna fi al-“ardi “a-“in-na la-fi khalqin jadidin bal hum bi-liqa-“i rab-bi-him kafiruna
11. Qul ya-ta-waf-fa-kum malaku al-mawti al-ladhi wuk-kila bi-kum thum-ma “ila rab-bi-kum tur-ja-‘una
12.Wa-law ta-ra “idhal-mujrimuna nakisu ru-“usi-him ‘inda rab-bi-him rab-bana “absarnawa-sami’na fa-“arji’na na-’mal salihan “in-na muqinuna
13.Wa-law shi-“na la-“atayna kulla nafsin huda-ha wa-la-kin haq-qa al-qawlu min-nila-“amla-“an-na jahan-nama mina al-jin-nati wa-al-n-nasi “ajma-‘ina
14.Fa-dhuqu bi-ma nasitum liqa-“a yawmi-kum hadha “in-na nasina-kum wa-dhuqu ‘adhabaal-khuldi bi-ma kuntum ta-’maluna
15.“In-nama yu-“minu bi-“ayatina al-ladhina “idha dhuk-kiru bi-ha khar-ru sujjadan wa-sab-bahu bi-hamdi rabbi-him wa-hum la ya-stakbiruna
16.Tatajafa junubu-hum ‘ani al-madaji-‘i yad-‘una rab-ba-hum khawfan wa-tama‘an wa-mim-ma razaqna-hum yu-nfiquna
17.Fa-la ta-’lamu nafsunm ma “ukhfiya la-hum min qur-rati “a’yunin jaza-“anm bi-ma kanuya-’maluna
18.“Afaman kana mu-“minan ka-man kana fasiqanl la ya-stawuna
19.“Am-ma al-ladhina “amanu wa-‘amilu al-s-salihati fa-la-hum jan-natu al-ma-“wa nuzulan bi-ma kanu ya-’maluna
20.Wa-“am-ma al-ladhina fasaqu fa-ma-“wa-humu al-n-naru kul-lama “aradu “an ya-khrujumin-ha “u-‘idu fi-ha wa-qila la-hum dhuqu ‘adhaba al-n-nari al-ladhi kuntum bi-hi tu-kadh-dhibuna
21.Wa-la-nu-dhiqan-nahum mina al-‘adhabi al-“adna duna al-‘adhabi al-“akbari la-‘alla-hum ya-rji‘una
22.Wa-man “azlamu mimman dhuk-kira bi-“ayati rab-bi-hi thum-ma “a’rada ‘an-ha “in-na minaal-mujrimina muntaqimuna
23.Wa-la-qad “atayna musa al-kitaba fa-la ta-kun fi miryatinm minl liqa-“i-hi wa-ja‘alna-hu hudanl li-bani “isra-“iila
24.Wa-ja‘alna min-hum “a-“im-matany ya-hduna bi-“amrina lam-ma sabaru wa-kanubi-“ayatina yuqinuna
25.“In-na rab-ba-ka huwa ya-fsilu bayna-hum yawma al-qiyamati fi-ma kanu fi-hi ya-khtalifuna
26.“Awa lam ya-hdi la-hum kam “ahlakna min qabli-him mina al-quruni ya-mshuna fi masakini-him “in-na fi dhalika la-“ayatin “afala ya-sma‘una
27.“Awa lam ya-raw “an-na na-suqu al-ma-“a “ila al-“ardal-juruzi fa-nu-khriju bi-hi zar‘an ta-“kulu min-hu “an-“amu-hum wa-“anfusu-hum “afala yu-bsiruna
28.Wa-ya-quluna mata hadhal-fathu “in kuntum sadiqina
29. Qul yawma al-fathi la ya-nfa‘u al-ladhina kafaru “imanu-hum wa-la hum yu-nzaruna
30. Fa-“a’rid ‘an-hum wa-in-tazir “in-na-hum muntaziruna

1 comment: