










Puasa
DARI SEGI BAHASA
Menahan diri daripada sesuatu.
DARI SEGI SYARAK
Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari,dimulakan dengan niat berpuasa, kerana mengharapkan keredhaan Allah swt.
HUKUM
Hukum berpuasa pada bulan Ramadan adalah wajib bagi tiap yang beragama Islam berdasarkan Al-quran dan ijmak ulama.
Wahai orang yang beriman,diwajibkan atasmu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang sebelum kamu semoga kamu bertaqwa.(Surah Al Baqarah:183)
Pada bulan ramadan diturunkan alquran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan penjelasan daripada hidayah serta pembeza antara yang hak dan yang batil maka bagi sesiapa yang melihat bulan ramadan hendaklah ia berpuasa.(Surah Al Baqarah:185)
Sabda Rasulullah SAW: "Diasaskan Islam atas lima dasar, iaitu mengaku tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad SAW utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, haji dan berpuasa pada bulan Ramadan."SYARAK WAJIB PUASA
- ISLAM-puasa tidak wajib kepada yang bukan Islam
- BALIGH-tidak wajib kepada mereka yang belum cukup umur.Namun digalakk sebagai latihan untuk kanak-kanak
- BERAKAL-Orang gila tidak diwajibkan berpuasa
- SIHAT-Orang yang sakit/uzur yang bertambah sakit jika bersaua berpuasa atau orang terlalu tua tidak diwajibkan berpuasa tapi diwajibkan fidyah
- BERMUKIM-Musafir tidak diwajibkan berpuasa tetapi wajib menganti puasa selepas bulan Ramadan
- SUCI-Suci dari haid dan nifas bagi wanita
- Islam
- Berakal dan mumayiz(tahu membezakan yang mana najis dan yang mana tidak)
- Suci dari haid dan nifas
- Apabila nyata masuknya bulan Ramdan
~Mereka yang ingin berpuasa diwajibkan berniat di dalam hati pada setiap malam.Tempohnya bermula sesudah tenggelam matahari sehinggalah terbitnya fajar.
RUKUN-RUKUN PUASA
- Orang yang berpuasa
- Berniat
- Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari
PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
GOLONGAN WAJIB QADA PUASA
Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
KIFARAT BERSETUBUH DI BULAN RAMADAN
Orang yang bersetubuh [ada siang hari di bulan Ramdan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat(Denda) seperti:
- Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit(jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahwa diri sedang berpuasa)
- Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka
- Muntah dengan sengaja
- Keluar haid atau nifas
- Mengeluarkan mani dengan sengaja
- Besetubuh di siang hari pada bulan Ramadan
PERKARA SUNAT KETIKA BERPUASA
- Menyegerakan berbuka puasa
- Berbuka puasa dengan buah ramar atau juadah manis
- Membaca doa berbuka
- Melambatkan bersahur kerana ada berkat padanya
- Memperbanyakkan membaca al quran, berzikir, berselawat, dan berbuat amal kebajikan
- Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin dan anak-anak yang kurang bernasib baik
- Mandi junub lebih awal, sebelum masukknya waktu Subuh
MEREKA YANG DIBENARKAN MENINGGALKAN PUASA
- Orang yang hilang daya upaya untuk berpuasa seperti sakit perut dan sakit kepala yang serius serta jenis-jenis penyakit yang apabila berpuasa akan menambahkan keuzuran
- Orang musafir dalam perjalanan yang membolehkan qasar(memendejjab rakaat) solat.
- Orang yang terlalu tua dan amat lemah untuk berpuasa
- Orang yang tersangat lapar dan dahaga sehingga kalau dditeruskan akan mendatangkan mudarat umpamanya ia bekerja berat di tengah panas atau sebagainya
- Perempuan hamil atau perempuan menyusukan anaknya yang apabila berpuasa boleh memudharatkan diri sendiri atau anak yang disusui itu.
Hukum qada puasa atau menggantikan puasa Ramadan ini perlu dibuat mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkan.
- Orang sakit yang ada harapan sembuh
- Orang yang bermusafir(bukan kerana maksiat)melebihi dua marhalah
- Orang yang kedatangan haid dan nifas
- Orang yang meninggalkan niat puasa
- Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa
- Orang yang pitam /mabuk sewaktu bulan Ramadan
- Orang yang sangat lapar dan dahaga yang tidak membolehkannya berpuasa Ramadan.
FIDYAH
Fidyah puasa ialah amalan memberikan sedekah kepada fakir miskin dengan secupak beras bago sehari berbuka puasa mengikut syarat-syaratnya.
- Mereka yang tidak dapat mengqada puasa sehingga masuk Ramadan kali kedua.(Fidyahnya satu cupak beras untuk setiap hari yang ditinggaljan di samping menqada puasa)bagi setahun tertinggal.Jika tida diqadakan puasa sehingga melampaui dua tahu makan dikenakan dua cupak terapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan)
- Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh
- Orang yang terlalu tua dan tidak terdaya untuk berpuasa
- Orang yang qada puasa tetapi menginggal dunia sebelum sempat berbuat demikian.(Fidyah dibuat oleh kerabat si mati atau diambil daripada harta pusakanya.)
- Perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan membayar fidyah secupak beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan puasa kerana bimbangkan anaknya, tetapi sekiranya dia takut mudarat pada dirinya dia hanya wajib mengqada puasanya.
KIFARAT BERSETUBUH DI BULAN RAMADAN
Orang yang bersetubuh [ada siang hari di bulan Ramdan, maka kedua-dua suami isteri tersebut perlu mengqada puasa berkenaan dan suami wajib membayar kifarat(Denda) seperti:
- Memerdekakan seorang hamba-mukmin lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu
- Berpuasa dua bulan berturut-turut tanpa terputus,kalau tidak berdaya
- Memberi makan kepada 60 orang fakir/miskin.
JIKA PERSETUBUHAN DILAKUKAN KERANA TERLUPA,JAHIL TENTANG HARAMNYA ATAU DIPAKSA KE ATASNYA MAKA TIDAKLAH WAJIB KIFARAT.

No comments:
Post a Comment